Wednesday 26 December 2012

SHAWL COLOUR BLOCK

assalamualaikum semua..

spt yg sy janjikan, utk next update ni, nk cite pasai pelamin+busana sanding+make up...

sebenarnya baru lepas mengupdate stok shawl terbaru,,sblm sy cerita panjang pasai kawen, nk promote tudung dulu..hehehe, mcm biasa la kan... :) 


NEW STOCK UPDATE 26.12.12 DI FAN PAGE KEDAI UNIQUESTYLE MUSLIMAH...

SHAWL PUSPA
shawl ni mmg best sgt sbb boleh digayakan dgn banyak cara,,dua2 bahagian shawl iaitu depan & belakang dijahit dgn warna yg berbeza( sgt best boleh pakai dpn belakang), sbnrnya ada 2 lapisan kain chiffon yg dijahit bertindih, kain chiffon kan agak jarang, jadi di lapis 2, so mmg x jarang la jadinya , tambahan pula material chiffon yg diguna pakai jenis yg high quality drpd Jakel(ibarat 2 shawl tp jadi 1)...mmg confirm puas hati & selesa..trust me!! tak senang tertarik & senang gila nak bentuk...

selain tu, gabungan 3 warna yg sengaja dijahit menggunakan colour2 yg kontra senang utk digayakan dgn banyak baju, lagipun skrg ni mmg trend org suka duk pakai warna2 blocking yg menampakkan imej ceria & lebih muda,hehe... dgn 3 cara basic, kalau kite kreatif, boleh pakai mcm2 cara lg sebenarnya...sample,,




cara no.1, yg ni sy pakai pada bahagian dalam shawl( colour plain utk bhgn dlm)
cara no.2, yg ni sy pakai pada bahagian atas & kanan shawl( susunan colour , kelabu+merah+hitam)
cara no.3, yg ni sy pakai pada bahagian atas & kanan shawl( susunan colour ,hitam+merah+kelabu)


mm, selain tu boleh pakai camni jugak..sengaja buat bunga atas kepala, kot nak bergaya ke event2 ke...




atau mcmni,,, pandai2 la pusing & gayakan...



simple je shawl ni , tp sbb menggunakan colour2 block buatkan ia nampak cantik & menyerlah!! jom beli , jadikan koleksi peribadi anda, shawl colour block puspa ni rm45 shj utk harga pengenalan(yg penting boleh pakai mcm2 cara),, kalau normal price rm55!!




Thursday 20 December 2012

DEWAN PERDANA KERAMAT MALL

utk majlis kahwin, lokasi majlis merupakan 1 perkara utama selain katering, pakaian, make up & pelamin..kalau xde tempat yg sesuai kena buat dirumah la gamaknya, tp nak buat kat rumah mmh leceh kalau xde kawasan yg luas...so entry kali ni, sy nak cerita pasal dewan tempat majlis sanding sy dijalankan...nak dapatkan dewan mmg 1 cabaran utk majlis yg diadakan di area KL, selalunya jika nak booking kena setahun lebih awal, tahla dewan area KL ni mmg laris mcm goreng pisang panas..haha..agaknya x ramai pengantin yg suka buat dirumah atau maybe lepas majlis nak terus habis kat situ(sy 1 family la ni,hehe), senang tak kotor2kan rumah & maybe juga sbb kawasan rumah kami yg x mengizinkan coz  x banyak ruang luas..tu pun salah 1 sebab jugala...

berbalik pasal dewan majlis resepsi, sy buat di dewan perdana keramat mall(betul2 opposite stesen putra LRT DAMAI), memang senang nak cari sbb depan stesen LRT tu lintas jalan je.. dewan ni baru je dibuka last year pada 1 April 2011, jadi keadaan dewan masih nampak baru & kemas..mmg puas hati..antara kemudahan yg disediakan,



+ berhawa dingin
+ kelengkapan siar raya (PA system)
+ pentas boleh diubahsuai
+ bilik VIP / ruang menunggu
+ bilik persalinan (lelaki & perempuan)
+ ruang persediaan makanan 
+ kerusi banquet & meja bulat
+ 2 aras (aras utama & aras galeri)
+ 1,000 orang tetamu
+256 lot tempat letak kereta

dengan kemudahan yg disediakan, harga yg ditawarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ialah 3k, sgt berbaloi sbb siap air cond+kerusi meja dll, deco dalam dewan pun ala2 dlm hotel..tapi yg x bestnya, utk set up pelamin kena bayaran tambahan, mcm sy sebelum ni, set up pelamin around 6jam, sejam di caj rm150, jadi ada extra rm900 mcmtu la, kalau dpt siap awal lg bagus...jimat duit, huhu...sblm terlupa dewan ni ada panel katering yg depa dah listkan, dlm 10 katering, means utk majlis kena pilih antara 10 panel tu shj(nt sy cerita lain la pasal katering) jom layan pic dewan,

yg ni pintu masuk utama ke dewan, dewan sebenarnya di tingkat dua, jadi masuk je pintu ni kena naik lif utk ke atas dewan...

ini pula ruang legar sebelum ke arah dewan

pintu masuk dewan, kat luar ni kawasannya agak luas, jadi boleh letakkan brg2 lain, mcm sy bhgn luar dewan ni sy letakkan ruangan candy buffet & bhgn mengambil doorgift

akhir sekali bhgn dalam dewan, ada 2 tingkat, tp sy x guna ruangan atas sbb ruangan bawah pun dah besar,, deco dewan cantik mcm hotel! kalau yg berminat & nak contact number boleh call no ni,  
En Aslizam Jamin  di talian 017-2350775.

time majlis berlangsung(hanya beberapa pic dpt sy attachkan, ni pun pic2 candid dr kamera kami sndr)

yg ni sample time majlis sy, after siap pemasangan kerusi & pelamin
tema pada hari kejadian, pink, purple & grey..

yg ni meja VIP, ada 5 meja dome.. pihak katering buatkan grey+purple, sbb utk kerusi tetamu depa buat pink

bhgn meja makan beradap, pemilihan warna pink purple pulak

bhgan mengambil makanan, ada 2 bahagian di kiri +kanan dalam dewan


kat ruang legar luar, ada sudut candy buffet, x boleh nak letak kat dlm takut budak2 buat bising, hehe
bilot(busy buat apa tah tu)+kakak(panggilan utk ank ciksu yg bertudung purple tu) sy tugaskan utk jaga bhgn ini

overall bhgn ruang legar dewan, ada bhgn ambil doorgift, sudut candy buffet & guest book
comelnya bilot melayan kanak2 kat bhgn belakang tu,hahaha
utk doorgift 2 org teman sy, atikah ansari (utk handle kwn2 sekolah)& annisa(utk handle kwan2 USM), lg 2 org kawan ayah sbb katanya senang depa nak cam kawan2 dia kalau dtg

lastly, utk next entry nak cerita pasal pelamin+busana+make up sanding pulakkkk, bubbye!






SELAMAT BERGELAR PUAN, 6.12.12

Rupanya dah 15hari sy bergelar puan...punyalah x update blog, sedar xsedar dah selesai majlis kahwin 2minggu lepas..x berkesampatan nak online lama2...sibuk dgn mcm2 hal+ demam pula baru2 ni..lagilah malas dibuatnya..

Entry kali ni nak cerita pasal majlis nikah, majlis nikah sy berlangsung pada 6.12.12, jam 11am..di masjid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa.. untuk majlis nikah, dibuat pada hari khamis, jadi jemputan x ramai, sy x inform kawan2 pun, hanya yg rapat je sy bgtau..selebihnya pada sudara mara terdekat(adik beradik mak+ayah shj) lain2 malas nak jemput sbb takut menyusahkan depa nak kena cuti pula..kalau x silap jemputan sekitar 50-60 org shj..

pada majlis nikah ni, baju sy beli yg ready made shj, cari di butik pengantin, malas nk pk,, sebabnya time tunang sebelum ni duk cari kain+tempah mahal juga jadinya, jadi nak senang & memudahkan kerja, sy beli yg dah siap(bayangkan hanya makan masa 30minit je utk beli baju ni, sebenarnya x sampai pun, nampak2 je kat kedai tu terus beli: dlm hati lepas beli lega 1 part utk majlis kahwin, kan senang,haha), baju jenis kurung moden kain sedikit kembang, material dari chiffon & lining dlm satin..beading pun dah siap dibuat, simple tp sarat juga dgn beading + ada tambahan dgn veil sekali(veil ni la tarikan utama sy beli baju ni, yg penting veil ni sy buat sebagai tudung, nak bg nampak lain dr biasa, sy x nak pakai tudung awning & crown, jadi mmg sengaja pilih bhgn kepala sarat dgn manik)... bg sy utk nikah nak yg simple but nice, tak nak yg pattern over2 sbb lepasni plan nak pakai lg baju ni, maybe time annivesary ke @ special event mcm dinner dll..selebihnya utk tudung dalam pelapik veil, sy pakai yg sy jual je(dr album shawl zara exclusive, sample shawl zara), jom la view pic, mls nak cerita dah..hehe


di temani adik sebagai pengapit(adik yg nampak lg cute dr pengantin,haha, adik mmg photogenik ok,without any make up maintain cute)


2 org sahabat yg sudi menemani sy pada hari pernikahan, kanan atikah ansari(1 of my best fren time high school) & kiri anem(roomate time degree), anem cuti 3 hari sbb beliau dtg dari perak, huhu...thanks syg rabu-jumaat awk cuti nak menunggu ke majlis sanding sekali! kalau nk ke blog anem cek this link, dah lama beliau berblog, BLOG ARNAMEE


Time menunggu, x tau pk apa masa ni..dlm hati time tu risau pun ada,hehe..


after selesai majlis ijab qabul,, alhamdulillah :)
sebenarnya pic sy xdapat lg dr photographer, yg ada ni just diambil dr camera sndr, tu pun byk yg candid2 je,, jd x banyak la gambar yg sy boleh masukkan , nt dah dpt pic sy upload semula...

P/S: utk customer2 yg pm di FB sy x sempat nak reply order tu, nextweek baru sy mula buka kedai balik, tp utk yg dah payment order2 yg dibooking sblmni sy akan poskan mcm biasa tau..

INAI PENGANTIN

lama dah x update blog,, memandangkan sibuk dgn preparation wedding sebelum ni, nak online pun x sempat..sementara free & rajin nak menulis ni, sy nak share about inai pengantin :)
inai & pengantin mmg x dapat dipisahkan,, kalau pengantin x pakai inai rasa mcm kosong je, & xde beza dgn orglain..kalau zaman atuk nenek kita dulu, depa duk pakai inai pokok(zaman skrg pun ada yg masih pakai lg) tp tgk keadaan juga, mcm di area bandar2 ssh la nak cari inai pokok..leceh nak tumbuk+pakai dijari yg makan masa berjam2...huhu..x rajin nak tunggu+bawa tidur(sy ler ni, mmg mls)hehe..sebenarnya inai pokok tu mmg cantik& yg penting lasting...tp kena 2-3kali layer baru cantik merahnya, kalau sekali pakai, selalunya oren2 je, kalau x dipakai sepanjang mlm lagilah dull je colour orennya, skrg ni nak cari pokok yg cepat merah agak susah..so bila di pk2 utk inai wedding, sy pilih inai instant je, senang & cepat,, for sure xsanggup nak tidur dgn keadaan berinai, kalau pakai inai instant selalunya sejam je dah boleh cuci..lagipun byk kerja lain nak buat, kalau nak tggu inai merah alamatnya x siap kerja2 yg nak prepare last minute tu..

berbalik pada inai pengantin yg sy buat baru2 ni, sy pilih Diena Henna, deal dgn kak diana melalui FB je, message tarikh & sample corak yg sy nak,,pada mulanya sy nak corak mcm yg beliau lukiskan pada tangan watie elite kahwin(simple & nice), tp last2 bila dah tgk katalog, bertukar corak ala2 scha al-yahya pula(x berapa nak sama tp hampir sama)..hehehe..time tu dah rambang+ x tahu nak pilih yg mana, byk sgt sample..


Apapun yg penting sy nak yg simple & corak bermotifkan bunga , x nak yg crowded+pelik2, takut sama mcm corak2 india pula.. price utk berinai kawasan KL, RM200 utk full set, tp sebab xnak corak pada atas kaki(sy buat pada hujung jari tangan, hujung jari kaki, atas tangan& keliling kaki shj), means bila dah tolak corak atas tapak kaki tu dapatla less sikit, kena deal apa yg kita nak, then price boleh nego lg, sy x nak lukis corak atas kaki sbb time g masjid pakai stokin, hehe..membazir je rasanya xnampak dlm gambar, jadi just pilih corak simple keliling kaki shj tu pun x nak kaki nampak kosong pula kalau buat kat jari kaki je..yg penting bg sy bhgn tangan, kalau atas tangan time batalkan air sembahyang tu nampak bila bergambar & nampak cantik, tp corak jgn penuh sampai atas tangan, cukup dipergelangan shj...jom lihat pic time berinai,,

yg ni lepas buat lakaran untuk tone, inai pada lakaran corak tu inai lain & yg tone dlm corak tu inai lain..

yg ni pula, after warnakan bhgn bertone tu, kak diana lukiskan pula motif bunga kecil2 supaya nampak lbh penuh & cantik..

seterusnya kak diana gigih mewarna inai pada hujung jari, guna berus lukisan u, hahaha baru sy tau teknik nak bg inai rata & kemas!


hampir siap utk bhgn tangan! utk bhgn kaki x payah la ye, sebab seluar sy lipat tinggi nampak pula bhgn betis malas nk crop..

result pada hari sebenar, keesokkan harinya...time majlis nikah :)
ok, sekian.....