Wednesday 26 December 2012

SHAWL COLOUR BLOCK

assalamualaikum semua..

spt yg sy janjikan, utk next update ni, nk cite pasai pelamin+busana sanding+make up...

sebenarnya baru lepas mengupdate stok shawl terbaru,,sblm sy cerita panjang pasai kawen, nk promote tudung dulu..hehehe, mcm biasa la kan... :) 


NEW STOCK UPDATE 26.12.12 DI FAN PAGE KEDAI UNIQUESTYLE MUSLIMAH...

SHAWL PUSPA
shawl ni mmg best sgt sbb boleh digayakan dgn banyak cara,,dua2 bahagian shawl iaitu depan & belakang dijahit dgn warna yg berbeza( sgt best boleh pakai dpn belakang), sbnrnya ada 2 lapisan kain chiffon yg dijahit bertindih, kain chiffon kan agak jarang, jadi di lapis 2, so mmg x jarang la jadinya , tambahan pula material chiffon yg diguna pakai jenis yg high quality drpd Jakel(ibarat 2 shawl tp jadi 1)...mmg confirm puas hati & selesa..trust me!! tak senang tertarik & senang gila nak bentuk...

selain tu, gabungan 3 warna yg sengaja dijahit menggunakan colour2 yg kontra senang utk digayakan dgn banyak baju, lagipun skrg ni mmg trend org suka duk pakai warna2 blocking yg menampakkan imej ceria & lebih muda,hehe... dgn 3 cara basic, kalau kite kreatif, boleh pakai mcm2 cara lg sebenarnya...sample,,




cara no.1, yg ni sy pakai pada bahagian dalam shawl( colour plain utk bhgn dlm)
cara no.2, yg ni sy pakai pada bahagian atas & kanan shawl( susunan colour , kelabu+merah+hitam)
cara no.3, yg ni sy pakai pada bahagian atas & kanan shawl( susunan colour ,hitam+merah+kelabu)


mm, selain tu boleh pakai camni jugak..sengaja buat bunga atas kepala, kot nak bergaya ke event2 ke...




atau mcmni,,, pandai2 la pusing & gayakan...



simple je shawl ni , tp sbb menggunakan colour2 block buatkan ia nampak cantik & menyerlah!! jom beli , jadikan koleksi peribadi anda, shawl colour block puspa ni rm45 shj utk harga pengenalan(yg penting boleh pakai mcm2 cara),, kalau normal price rm55!!




Thursday 20 December 2012

DEWAN PERDANA KERAMAT MALL

utk majlis kahwin, lokasi majlis merupakan 1 perkara utama selain katering, pakaian, make up & pelamin..kalau xde tempat yg sesuai kena buat dirumah la gamaknya, tp nak buat kat rumah mmh leceh kalau xde kawasan yg luas...so entry kali ni, sy nak cerita pasal dewan tempat majlis sanding sy dijalankan...nak dapatkan dewan mmg 1 cabaran utk majlis yg diadakan di area KL, selalunya jika nak booking kena setahun lebih awal, tahla dewan area KL ni mmg laris mcm goreng pisang panas..haha..agaknya x ramai pengantin yg suka buat dirumah atau maybe lepas majlis nak terus habis kat situ(sy 1 family la ni,hehe), senang tak kotor2kan rumah & maybe juga sbb kawasan rumah kami yg x mengizinkan coz  x banyak ruang luas..tu pun salah 1 sebab jugala...

berbalik pasal dewan majlis resepsi, sy buat di dewan perdana keramat mall(betul2 opposite stesen putra LRT DAMAI), memang senang nak cari sbb depan stesen LRT tu lintas jalan je.. dewan ni baru je dibuka last year pada 1 April 2011, jadi keadaan dewan masih nampak baru & kemas..mmg puas hati..antara kemudahan yg disediakan,



+ berhawa dingin
+ kelengkapan siar raya (PA system)
+ pentas boleh diubahsuai
+ bilik VIP / ruang menunggu
+ bilik persalinan (lelaki & perempuan)
+ ruang persediaan makanan 
+ kerusi banquet & meja bulat
+ 2 aras (aras utama & aras galeri)
+ 1,000 orang tetamu
+256 lot tempat letak kereta

dengan kemudahan yg disediakan, harga yg ditawarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ialah 3k, sgt berbaloi sbb siap air cond+kerusi meja dll, deco dalam dewan pun ala2 dlm hotel..tapi yg x bestnya, utk set up pelamin kena bayaran tambahan, mcm sy sebelum ni, set up pelamin around 6jam, sejam di caj rm150, jadi ada extra rm900 mcmtu la, kalau dpt siap awal lg bagus...jimat duit, huhu...sblm terlupa dewan ni ada panel katering yg depa dah listkan, dlm 10 katering, means utk majlis kena pilih antara 10 panel tu shj(nt sy cerita lain la pasal katering) jom layan pic dewan,

yg ni pintu masuk utama ke dewan, dewan sebenarnya di tingkat dua, jadi masuk je pintu ni kena naik lif utk ke atas dewan...

ini pula ruang legar sebelum ke arah dewan

pintu masuk dewan, kat luar ni kawasannya agak luas, jadi boleh letakkan brg2 lain, mcm sy bhgn luar dewan ni sy letakkan ruangan candy buffet & bhgn mengambil doorgift

akhir sekali bhgn dalam dewan, ada 2 tingkat, tp sy x guna ruangan atas sbb ruangan bawah pun dah besar,, deco dewan cantik mcm hotel! kalau yg berminat & nak contact number boleh call no ni,  
En Aslizam Jamin  di talian 017-2350775.

time majlis berlangsung(hanya beberapa pic dpt sy attachkan, ni pun pic2 candid dr kamera kami sndr)

yg ni sample time majlis sy, after siap pemasangan kerusi & pelamin
tema pada hari kejadian, pink, purple & grey..

yg ni meja VIP, ada 5 meja dome.. pihak katering buatkan grey+purple, sbb utk kerusi tetamu depa buat pink

bhgn meja makan beradap, pemilihan warna pink purple pulak

bhgan mengambil makanan, ada 2 bahagian di kiri +kanan dalam dewan


kat ruang legar luar, ada sudut candy buffet, x boleh nak letak kat dlm takut budak2 buat bising, hehe
bilot(busy buat apa tah tu)+kakak(panggilan utk ank ciksu yg bertudung purple tu) sy tugaskan utk jaga bhgn ini

overall bhgn ruang legar dewan, ada bhgn ambil doorgift, sudut candy buffet & guest book
comelnya bilot melayan kanak2 kat bhgn belakang tu,hahaha
utk doorgift 2 org teman sy, atikah ansari (utk handle kwn2 sekolah)& annisa(utk handle kwan2 USM), lg 2 org kawan ayah sbb katanya senang depa nak cam kawan2 dia kalau dtg

lastly, utk next entry nak cerita pasal pelamin+busana+make up sanding pulakkkk, bubbye!






SELAMAT BERGELAR PUAN, 6.12.12

Rupanya dah 15hari sy bergelar puan...punyalah x update blog, sedar xsedar dah selesai majlis kahwin 2minggu lepas..x berkesampatan nak online lama2...sibuk dgn mcm2 hal+ demam pula baru2 ni..lagilah malas dibuatnya..

Entry kali ni nak cerita pasal majlis nikah, majlis nikah sy berlangsung pada 6.12.12, jam 11am..di masjid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa.. untuk majlis nikah, dibuat pada hari khamis, jadi jemputan x ramai, sy x inform kawan2 pun, hanya yg rapat je sy bgtau..selebihnya pada sudara mara terdekat(adik beradik mak+ayah shj) lain2 malas nak jemput sbb takut menyusahkan depa nak kena cuti pula..kalau x silap jemputan sekitar 50-60 org shj..

pada majlis nikah ni, baju sy beli yg ready made shj, cari di butik pengantin, malas nk pk,, sebabnya time tunang sebelum ni duk cari kain+tempah mahal juga jadinya, jadi nak senang & memudahkan kerja, sy beli yg dah siap(bayangkan hanya makan masa 30minit je utk beli baju ni, sebenarnya x sampai pun, nampak2 je kat kedai tu terus beli: dlm hati lepas beli lega 1 part utk majlis kahwin, kan senang,haha), baju jenis kurung moden kain sedikit kembang, material dari chiffon & lining dlm satin..beading pun dah siap dibuat, simple tp sarat juga dgn beading + ada tambahan dgn veil sekali(veil ni la tarikan utama sy beli baju ni, yg penting veil ni sy buat sebagai tudung, nak bg nampak lain dr biasa, sy x nak pakai tudung awning & crown, jadi mmg sengaja pilih bhgn kepala sarat dgn manik)... bg sy utk nikah nak yg simple but nice, tak nak yg pattern over2 sbb lepasni plan nak pakai lg baju ni, maybe time annivesary ke @ special event mcm dinner dll..selebihnya utk tudung dalam pelapik veil, sy pakai yg sy jual je(dr album shawl zara exclusive, sample shawl zara), jom la view pic, mls nak cerita dah..hehe


di temani adik sebagai pengapit(adik yg nampak lg cute dr pengantin,haha, adik mmg photogenik ok,without any make up maintain cute)


2 org sahabat yg sudi menemani sy pada hari pernikahan, kanan atikah ansari(1 of my best fren time high school) & kiri anem(roomate time degree), anem cuti 3 hari sbb beliau dtg dari perak, huhu...thanks syg rabu-jumaat awk cuti nak menunggu ke majlis sanding sekali! kalau nk ke blog anem cek this link, dah lama beliau berblog, BLOG ARNAMEE


Time menunggu, x tau pk apa masa ni..dlm hati time tu risau pun ada,hehe..


after selesai majlis ijab qabul,, alhamdulillah :)
sebenarnya pic sy xdapat lg dr photographer, yg ada ni just diambil dr camera sndr, tu pun byk yg candid2 je,, jd x banyak la gambar yg sy boleh masukkan , nt dah dpt pic sy upload semula...

P/S: utk customer2 yg pm di FB sy x sempat nak reply order tu, nextweek baru sy mula buka kedai balik, tp utk yg dah payment order2 yg dibooking sblmni sy akan poskan mcm biasa tau..

INAI PENGANTIN

lama dah x update blog,, memandangkan sibuk dgn preparation wedding sebelum ni, nak online pun x sempat..sementara free & rajin nak menulis ni, sy nak share about inai pengantin :)
inai & pengantin mmg x dapat dipisahkan,, kalau pengantin x pakai inai rasa mcm kosong je, & xde beza dgn orglain..kalau zaman atuk nenek kita dulu, depa duk pakai inai pokok(zaman skrg pun ada yg masih pakai lg) tp tgk keadaan juga, mcm di area bandar2 ssh la nak cari inai pokok..leceh nak tumbuk+pakai dijari yg makan masa berjam2...huhu..x rajin nak tunggu+bawa tidur(sy ler ni, mmg mls)hehe..sebenarnya inai pokok tu mmg cantik& yg penting lasting...tp kena 2-3kali layer baru cantik merahnya, kalau sekali pakai, selalunya oren2 je, kalau x dipakai sepanjang mlm lagilah dull je colour orennya, skrg ni nak cari pokok yg cepat merah agak susah..so bila di pk2 utk inai wedding, sy pilih inai instant je, senang & cepat,, for sure xsanggup nak tidur dgn keadaan berinai, kalau pakai inai instant selalunya sejam je dah boleh cuci..lagipun byk kerja lain nak buat, kalau nak tggu inai merah alamatnya x siap kerja2 yg nak prepare last minute tu..

berbalik pada inai pengantin yg sy buat baru2 ni, sy pilih Diena Henna, deal dgn kak diana melalui FB je, message tarikh & sample corak yg sy nak,,pada mulanya sy nak corak mcm yg beliau lukiskan pada tangan watie elite kahwin(simple & nice), tp last2 bila dah tgk katalog, bertukar corak ala2 scha al-yahya pula(x berapa nak sama tp hampir sama)..hehehe..time tu dah rambang+ x tahu nak pilih yg mana, byk sgt sample..


Apapun yg penting sy nak yg simple & corak bermotifkan bunga , x nak yg crowded+pelik2, takut sama mcm corak2 india pula.. price utk berinai kawasan KL, RM200 utk full set, tp sebab xnak corak pada atas kaki(sy buat pada hujung jari tangan, hujung jari kaki, atas tangan& keliling kaki shj), means bila dah tolak corak atas tapak kaki tu dapatla less sikit, kena deal apa yg kita nak, then price boleh nego lg, sy x nak lukis corak atas kaki sbb time g masjid pakai stokin, hehe..membazir je rasanya xnampak dlm gambar, jadi just pilih corak simple keliling kaki shj tu pun x nak kaki nampak kosong pula kalau buat kat jari kaki je..yg penting bg sy bhgn tangan, kalau atas tangan time batalkan air sembahyang tu nampak bila bergambar & nampak cantik, tp corak jgn penuh sampai atas tangan, cukup dipergelangan shj...jom lihat pic time berinai,,

yg ni lepas buat lakaran untuk tone, inai pada lakaran corak tu inai lain & yg tone dlm corak tu inai lain..

yg ni pula, after warnakan bhgn bertone tu, kak diana lukiskan pula motif bunga kecil2 supaya nampak lbh penuh & cantik..

seterusnya kak diana gigih mewarna inai pada hujung jari, guna berus lukisan u, hahaha baru sy tau teknik nak bg inai rata & kemas!


hampir siap utk bhgn tangan! utk bhgn kaki x payah la ye, sebab seluar sy lipat tinggi nampak pula bhgn betis malas nk crop..

result pada hari sebenar, keesokkan harinya...time majlis nikah :)
ok, sekian.....







Tuesday 27 November 2012

MISS U MAK...

bangun pagi ni duk buat kerja, rindu gila kat mak...huhuhuhu..sedihh gila!
rasa nak blk kl skrg je..kesian mak pening duk uruskan hal kawen...duk memikirkan mak buat keje pun x senang...adehhh...hope dapat balik asap...

doa utk ibu bapa, org doakan mak, ayah sihat & sentiasa diberkati...moga setiap langkah mak dibalas dengan pahala...tggu org blk ye mak...

JUAL BANGLE LER PULAkkk, hehe


Sy memang minat dgn accesories spt bangle sebagai pelengkap gaya...tp en.tunang x brapa gemar, katanya jgn duk pakai banyak2 la syg, pening,haha(dia mmg x suka accesories2 ni sbnrnya)..maka, kalau sy pakai pun selalunya sikit2 je,dia x suka bunyi bising kalau benda tu duk berlaga2 (mmg x baik pun kalau tarik perhatian org kan)..kalau nak pakai secara byk mybe boleh pilih bahan yg tak berapa nk bising, pandai2 ler, material kan ada mcm2..kayu ka, plastik ka..hehe...

cth yg sy copet dr en.google, yang dipakai yuna ni, simple je, 1pcs tp agak besar,, beliau mix dgn jam, so dah nampak nice(alamak kasut yuna tu YSL la)... sebenarnya bangle ni, kalau saiz yg nipis & halus, tak cantik jika dipakai 1pcs je, at least kena pakai 2@3pcs(ni mak la yg ajar time masa cari gelang utk batalkan air sembahyang time nikah sy nanti)..mak kata nanti nampak kosong sgt kalau saiz halus/kecil kita pakai sekeping je....mcm pakai getah katanya..huhu..tapi mak kalau nak beli besar2 sangat, harganya pun besar la kan..apapun beli ikut kemampuan masing2...sy pilih ikut budjet yg ditetapkan en.tunang jela..hehe..

Ok berbalik pada tajuk di atas, sy la ni ada beberapa bangle cantik & unik & style untuk dijual,, bolehla layari FAN PAGE uniquestyle muslimah... tak banyak stok, sebab sy baru nak try jual, jadi test market dulu la :)





atas ni sample salah set bangle yg dijual, 1 set ada 5pcs gelang,, mmg dah siap packing...tapi boleh pakai asing2, kira kalau nak pakai yg besar warna purple tu shj pun ok,, @ nak pakai yg halus tu 2pcs shj ke, terpulang pada gaya masing2...harga pun mampu milik, RM14 utk 5pcs...kalau kwn2 berminat boleh cek sample2 lain dlm fan page kami ya...material mmg jns yg tahan lasak..


ok la, nak sambung wat kerja supaya cepat dapat balik rumah!hatiku dah memikirkan KL & kerja2 kawen yang masih tak selesai..walhal nikah 6.dec ni, tinggal 9 hari je diikutkan,, apa2 pun tak buat lagi..esok nak jumpa supervisor, harap selepas hantar draf tesis dapatla pulang ke rumah dgn tenang...aminnn

Monday 26 November 2012

MAKAN DIKAPITAN(PENANG),KENYANG SAMPAI MALAM!

harini berjalan2 sekitar komtar...tujuan utama nak ke main pos office(senang sikit kalau pos brg kat pos office besaq ni sebab confirm terus sampai esok, xdela nak risau customer duk pm2 tanya pasai brg tak sampai), nak2 weeknd baru ni ramai pula yg payment jadi better la ke komtar, 1 lg kalau nak beratur kat pos office dlm USM tu(dah ler 1 je utk kaunter pos, lambat kemain, malas dibuatnyer, lg 2 kaunter tu utk byaran bil shj,huhuhu, sumpah mls kalau hari isnin confirm ramai)..lepas je pos barang, kami (sy bersama en.tunang yang singgah ke penang nak tolong bawakan balik kereta sy ke KL) maka plan yg dah dirancang utk 1 harini(sbnrnya x sampai 1 hr pun, aroung 12hours only), sy mmg dah lama nak bawa sidia singgah di Kapitan, tunggu dia mai sini je..selama ni asik makan kat subaidahnasi kandar ,pelitanasi kandar @ khaleel je(yg ni sekitar USM je dlm 5minit sampai)..so misi harini nak bagi sidia try mkn kat kapitan..bab2 nasi beriani ni sidia mmg suka..weee...


Time 1st time dulu, masa baru nak berkenalan dgn kapitan ni, sy pergi makan sorang2..try kapitan bahagian bawah..rupanya baru tahu dia ada 2 tingkat, tu pun roomate yg inform(bhgn bawah lain sikit hidangan & rasanya)...ni la si kapitan ni..locationnye di kawasan penang heritage, betul2 depan masjid kapitan & sekitar 10min dr komtar...

yg ni kapitan bhgn bawah yg sy mkn dulu(gambar copet dari google je, lupa nak snap), yg ni hidangannya bagi sy ok2 je, depa serve dlm bekas mcm claypot..sedap juga cuma xde la sesedap kapitan bhgn atas yg sy makan harini, harini punya lg sedap!!! kat kapitan ni yg femes selalunya nasi beriani & tandoori nan..mcm kalau bhgn bawah, depa punya style ala2 kedai nasi kandar yg lain(yg ada lauk & boleh pilih2 tu& boleh juga order2)kiranya ada byk pilihan la..tapi kalau segi rasa sy choose bhgn atas punya!
claypot beriani kapitan(bhgn bawah) 
bhgn bawah murah sikit dr bhgn atas

ni pula hidangan harini (bhgn kapitan atas)dlm bekas periuk tembaga(ala2 indian style)

banyak gila lauk, sama byk mcm nasi,, dlm2 nasi tu pun ada lauk tersorok, mmg kalau sorang makan rasa mcm payah nak habiskan...kami ambil 2 menu, 1 nasi beriani & 1 lg tandoori..tandorinya pun sedap..puas hati sgt...roti yg lembut & ayam gebu gila...rasa rempah menusuk sampai ke dlm daging..perfect!sapa2 kalau ke penang singgah la kat sini, nak2 utk peminat nasi kandar @ nasi beriani..price kami makan berdua dlm rm26++ shj(set tandoori+set beriani) berbaloi!kenyang sampai malam..

Saturday 24 November 2012

MY ASSISTANT(CIK AZUANI)

wani a.k.a nurazuani mohamad pauzi, merupakan assistant sepenuh masa kedai sy Uniquestyle Muslimah Fanpage. selalunya dia akan packing barang2 yg dibooking & yang telah dibayar untuk diposkan, tapi kadang2 beliau pun akan menjadi model paksa rela kedai ini..hehe...model kedai kami ni mmg selalu duk tukar2 bergantung siapa yg free time tu...

nilah cik azuani, (baju & tudung tu utk dijual, tapi dua2 dah sold out)
orangnya baik & berbudi bahasa,, yang penting peramah(nak meniaga mestilah peramah kan)..hehe...sebenarnya masa mula kenal dulu, wani selalu duk mai membeli belah (beli tudung) dgn kwn2nya, tengok dia mcm baik sgt, time tu mmg tgh nak hire assistant (sibuk dgn siapkan tesis & kerja2 lain), lagipun wani sedang buat degree in management, rasa memang sesuai sgtla..sj la sms wani tanya kalau dia free nak keja sambilan time2 blajar, dia pun on je..start dari tu la kami mula bekerjasama...sampaila skrg...dah anggap macam adik dah, selalu share mcm2....

1 lagi pic wani, sy suka sebab dia ada lesung pipit..apakahhhhh, hahahaha...
pic atas ni, blouse lace(rm33) utk view boleh cek di kedai kami ya uniquestyle muslimah fanpage,,,kain cotton sejuk pakai...ok tu je, lenkali cerita lagi...byeee

ILLA JAAFAR

entry kali ni, sy nak perkenalkan si kecil molek, ILLA JAAFAR
mula perkenalan sy & illa, time tu sy tgh sibuk mencari model yg kecil, sbb model yg dah ada time tu semua jns tinggi2 & ada some collection yg sy jual jenis kecil, kalau depa yg tinggi2 pakai jadi senteng sangat+hanging...hehe..illa dapat tahu dari kawannya, then dia message...sy pun try la buat photoshoot dgn dia, start dari tu la dia rajin bergambar2(memang minat katanya)...

inilah si kecil molek ni, kecik je orgnya, dlm pic nampak besau...heee..ni baju kemeja hoodie yg didatangkan khas dari seberang, RM35 shj, murah & berbaloi2...mmg collection yg x sama dgn orglain, kain pun cotton best....ni pic ni sy yg make upkan illa..
selalu juga dah make up kan illa, dia pun banyak buat photoshoot, jadi mmg rasa senangla sbb dah tahu apa nak ditutup & ditonjolkan dimukanya...ni sample make up photoshoot yg illa pergi bergambar dgn kwnnya, lawa x??lawa kan, sbb kamera kwnnya cukup segala flash & lens bagai..(tak sure photographer mana, jadi tak masukkan logo) yg ni dah editing rasanya, sharp gile, tak pun sbb camera ribu riban,hukhuk..tangkap style mcmana pun sure nampak cantik..ada rezeki nt nak beli camera yg complete set ;)

Then, ni pula camera sy, after selesai make up & stylishkan tudung utk illa(pakai lilit je tudung tu, tp dah siap, puas hati!!simple je tp nice)hehe perasan, tp camera sy hanyalah camera biasa, ni real make up dari dekat,,no editing & shoot with flash...time ni tgh call kwnnya sy candid cpt2,weee...

next, pic ila tanpa make up...tetap chomellll....yg ni mmg tak pakai apa2, sy ambil dari facebook ,illa jaafar


MAKE UP NIKAH...

yg ni update untuk majlis nikah angah(dia nikah awal dari kakaknye, ngeh2) actually angah is my sister in law..kalau dlm family sy, sy la angah..hehe..majlis nikah angah pada 10.11.12, saja dia pilih tarikh tu sebab cantik...so, pg 10.11 tu sy dah ready dah jam 8pg nak tunggu en.tunang ambil, tunggu punya tunggu, pukul930 baru dia bertolak dari rumah(walhal majlis nikah pukul11) kami make up dirumah & akan dinikahkan dimasjid,, risau dah time tu, pukul10 baru sampai rumah depa,,,kalau nak make up rushing2 mmg sy x suka, nak2 kalau nikah(nak pakaikan tudung lagi, nak touch up yg terkurang terlebih,huhu) ngam2 sejam kami bersiap, pastu kelam kabut ke masjid, semua org dah sampai time tu..pengantin lelaki+imam pun dah ada..hahaha, pengantin perempuan yg lewat...tp nasib baik la ada masa dlm 10minit macamtu utk kami rehat sblm majlis bermula...ini lah hasilnya..tak pasal2 kena jadi pengapit pula..dah la muka kusam je..adehhh....

apapun, untuk angah, akak doakan moga bahagia dgn en.suami, jangan gaduh2...hehe..bykkan bersabar...awk kan sibuk dgn study+kerja, pandai jaga & uruskan semuanyala hendaknya...
lastly, 1 lg pic depa, outdoor utk dikongsikan :)

sy mmg sambilan buat make up(kalau free shj, kena cek jadual), kalau dipenang area USM & di KL(area hulu klang) ,perkhidmatan serendah RM20(dinner utk student USM shj) & RM90-RM150, harga depends on event, make up nikah/tunang/dinner...perkhidmatan make up dgn harga yg mampu milik(cewaaahhh)


PHOTOSHOOT WITH REEN....SHAWL TIE DYE


stok terbaru kali ni sy tampilkan reen MiszRien Fazreen sebagai model...dia dah lama x bergambar & main make up2, jd teringin nak photoshoot lg(kalau ada yg berminat nak hire dia boleh click link atas yg sy bg tu ;P),hehe..make up kan reen sng sbb mukanya xde masalah..mlm khamis tu kiteorg start around 1030pm, make up dlm 30min,  habis around 12++cmtu..tapi reen balik dekat kul 2lebih sbb berborak panjang(lama gila dah x borak2 kan), rindu juga share mcm2 cerita..



SHAWL TIE DYE DIYYAN(ALA DIAN PELANGI), 
tie dye shawl ni mmg sy suka sebab kainnya lembut yg berat tu, kain cotton jenis sejuk pakai...ala2 style mcm dian pelangi...sebenarnya lama dah cari stok ni sebab nak buat collection sndr, sampai nak terbeli kat blogshop indonesia, memikirkan kos poslaju lg mahal dari barang, maka berbulan2 mencari supplier,lama2 dapat juga..hehe...ini la shawlnya, serius cantik!!model pun cantik(thanks reen tlg akak)..
another colour boleh view facebook kami ye kawan2.. cek this link utk ke fan page kami uniquestyle muslimah facebook fanpage

ini sample yg dian pelangi gayakan, dian mmg selalu sgt pakai shawl tie dye



Sunday 4 November 2012

UNIQUESTYLE MUSLIMAH (usm shop)

assalamualaikum...
stok tudung terkini, shawl halfmoon dua layer(halfmoon sophea), yg ini semalam upload, thanks to adik yg tolong shootkan pic..cian adik, dah tidur sbnrnya, sy kejutkn juga suh bangun..huhuhu..soryyy dik....nt kite bg tudung free ek...nk kena masukkn cepat sebelum busy buat benda lain...
halfmoon ni material high gred chiffon, rm42...seriusly mmg murah dari market price, normally org jual rm55-rm65..kain mmg sedap pakai! nak berniaga mak selalu pesan jangan ambil untung lebih2, asalkan rolling dah cukup baik, hehe
selain halfmoon, habiskan photoshoot tudung2 bawal tones (bawal ilyah) yg ni material bawal senorita, mmg cun sgt bwal ni..simple& nice...sehelai rm16(beli 2pcs= rm30)

kalau ada yg berminat nak tgk sample2 tudung mcm kat atas ni, boleh view our shop,facebook(uniquestyle muslimah fan page) link ini FAN PAGE/UNIQUESTYLE MUSLIMAH


Monday 1 October 2012

akhirnya...

yeayyy, setelah sekian lama nak buat blog..akhirnyaaaaaaaa rajin juga sy create new account..blog lama yg adik buatkan sy dah lupa pasword..huhu..so create new emel & buat blog baru lg senang..dengan harapan blog ni dpt sharing any info dgn kwn2...
info pasai fesyen, kecantikan, pelajaran, hidup dll...insyaAllah :)