berbalik pasal dewan majlis resepsi, sy buat di dewan perdana keramat mall(betul2 opposite stesen putra LRT DAMAI), memang senang nak cari sbb depan stesen LRT tu lintas jalan je.. dewan ni baru je dibuka last year pada 1 April 2011, jadi keadaan dewan masih nampak baru & kemas..mmg puas hati..antara kemudahan yg disediakan,
+ berhawa dingin
+ kelengkapan siar raya (PA system)
+ pentas boleh diubahsuai
+ bilik VIP / ruang menunggu
+ bilik persalinan (lelaki & perempuan)
+ ruang persediaan makanan
+ kerusi banquet & meja bulat
+ 2 aras (aras utama & aras galeri)
+ 1,000 orang tetamu
+256 lot tempat letak kereta
dengan kemudahan yg disediakan, harga yg ditawarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ialah 3k, sgt berbaloi sbb siap air cond+kerusi meja dll, deco dalam dewan pun ala2 dlm hotel..tapi yg x bestnya, utk set up pelamin kena bayaran tambahan, mcm sy sebelum ni, set up pelamin around 6jam, sejam di caj rm150, jadi ada extra rm900 mcmtu la, kalau dpt siap awal lg bagus...jimat duit, huhu...sblm terlupa dewan ni ada panel katering yg depa dah listkan, dlm 10 katering, means utk majlis kena pilih antara 10 panel tu shj(nt sy cerita lain la pasal katering) jom layan pic dewan,
yg ni pintu masuk utama ke dewan, dewan sebenarnya di tingkat dua, jadi masuk je pintu ni kena naik lif utk ke atas dewan...
ini pula ruang legar sebelum ke arah dewan
pintu masuk dewan, kat luar ni kawasannya agak luas, jadi boleh letakkan brg2 lain, mcm sy bhgn luar dewan ni sy letakkan ruangan candy buffet & bhgn mengambil doorgift
akhir sekali bhgn dalam dewan, ada 2 tingkat, tp sy x guna ruangan atas sbb ruangan bawah pun dah besar,, deco dewan cantik mcm hotel! kalau yg berminat & nak contact number boleh call no ni,
En Aslizam Jamin di talian 017-2350775.
time majlis berlangsung(hanya beberapa pic dpt sy attachkan, ni pun pic2 candid dr kamera kami sndr)
yg ni sample time majlis sy, after siap pemasangan kerusi & pelamin
tema pada hari kejadian, pink, purple & grey..
yg ni meja VIP, ada 5 meja dome.. pihak katering buatkan grey+purple, sbb utk kerusi tetamu depa buat pink
bhgn meja makan beradap, pemilihan warna pink purple pulak
bhgan mengambil makanan, ada 2 bahagian di kiri +kanan dalam dewan
kat ruang legar luar, ada sudut candy buffet, x boleh nak letak kat dlm takut budak2 buat bising, hehe
overall bhgn ruang legar dewan, ada bhgn ambil doorgift, sudut candy buffet & guest book
utk doorgift 2 org teman sy, atikah ansari (utk handle kwn2 sekolah)& annisa(utk handle kwan2 USM), lg 2 org kawan ayah sbb katanya senang depa nak cam kawan2 dia kalau dtg
lastly, utk next entry nak cerita pasal pelamin+busana+make up sanding pulakkkk, bubbye!
Assalamualaikum. ..lia nk tanya catering...awak ambil catering mana?? Ok tak service & mknan?..
ReplyDeletesy ambil katering YAPAF/KULAAN
ReplyDeletewww.yapaf.com.my
servis ok, mmg sejak my sist kahwin ambil dengan diaorg, so dah selesa, apa yg dijanji semua dapat :) siap ada hadian utk pengantin lg..makanan overall masa majlis sy semua kata sedap/tp masa my sist punya kurang sikit(sy tak makan time tu sbb busy, sedara mara la yg inform),, sy suggest 2 katering yg best under keramat mall ni, 1 lg boleh try sri payung/http://sripayung.com/
tp sri payung ni cpt sgt org booking, diaorg murah & sedap
Mcmna nk dptkn contact nombor tok booking dewan ni
ReplyDeleteKene g dbkl booking
ReplyDeletemenara DBKL ke?
DeleteSalam, blh share caterer list tk?
ReplyDeletesalam saya nk tya kalo saya ambik catering luar boleh tak? n adakah majlis akad nikah dibenarkn dibuat di dewan ini???
ReplyDelete